Berita Terkini 08/10/2014 09:50:15 AM (2 bulan lepas): Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (DKICT)

MAKLUMAT SEKOLAH

Lencana Sekolah

PENERANGAN MENGENAI LENCANA SEKOLAH

WARNA
KUNING - Kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan
MERAH - Bersemangat berani menghadapi rintangan dan cabaran
BIRU - Kehidupan yang harmoni dan perpaduan
PUTIH - Kesucian dan kebersihan serta bernilai murni

LAMBANG
TANGAN - Guru memberi ilmu dan murid menerima
MATA PENA - Ketrampilan dan kreativiti
BUKU - Khazanah ilmu kesejahteraan hidup
BULAT - Permuafakatan untuk bekerjasama dalam tugas dan tanggungjawab

Bendera Sekolah

BENDERA SEKOLAH

Warna KUNING melambangkan keprihatinan sekolah terhadap warganya dalam era mencapai matlamat Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020 serta merealisasikan Perak Gemilang.

Warna BIRU melambangkan semangat perpaduan, sehati dan sejiwa diri warga sekolah bagi membuktikan kejayaan dapat dicaapai dengan kekuatan serta keyakinan diri.

LENCANA di tengah-tengah bendera melambangkan setiap warga sekolah berjanji akan memberikan yang terbaik kepada pelanggannya.

Lagu Sekolah

“ MAJU KITA BERSAMA-SAMA
SEHATI DAN SEJIWA
BELAJAR BERUSAHA HINGGA BERJAYA
AMALAN SIFAT MULIA

SK SERI MANJUNG BERJASA
USAHA MAJU JAYA
TUNAIKAN BUKTIKAN
KAMI PUTERA PUTERI YANG MULIA

MARI KITA BERSAMA-SAMA
MELANGKAH TERUS MARA
BERJANJI BERSUMPAH SETIA KITA
MEMBELA NEGARA DAN BANGSA ”


Cari Berita

  • Ikuti kami di laman sosial